Monday, February 8, 2010

antara Tampoi dan hidup sendiri..

Saya pergi ke hospital Permai, di Tampoi Johor hari Isnin & Selasa lepas. Ia adalah sebuah institusi mental. ha..pertamanya kerana sekarang saya sedang menjalani posting psychiatry or "posting JIWA". Saya suka betul posting ini. Daripada pesakit2 nya hinggalah ke tenaga pengajarnya. menarik dan baik.

hm...

perlu solat subuh dulu. Usai sudah azan nya.
Esok mungkin saya sambung entry ini;)

Monday, December 7, 2009

Kalau tak serupa dan tak semestinya sama.

haHaHa..

Biarlah sendiri sahaja yang melayan rasa<3...
Sedikit gembira lagi kurang kecewa..
Sudah berpuas hati dengan suka yang sehasta cuma..
Tak sanggup kecewa kali yang ke sejuta..

LoL;)

sahabat

sahabat karib. saya suka topik ni. saya ada seorang sahabat.Hari seakan tak lengkap kalau dia tak da. kegembiraan seakan tak sempurna kalau tak bagitau dia. haha. dah 7 tahun berkawan. Pernah tak puas hati, pernah bermasam muka tapi pada waktu2 macam tu, selalunya saya banyak berdiam atau mengelak dari berjumpa. supaya dia tak nampak saya yang tgh marah or PMS. Tapi selalunya dia faham. Dan selalu memaafkan. Terima kasih. Sebabnya. Saya tak nak terkeluar perkataan yang bukan-bukan ketika marah. Saya tak nak secara tak sengaja buat dia yang sentiasa menerima & memahami berasa sedih.
Tapi, saya masih selalu membuat kamu terasa kan. ..sorry~ Haha. Terima kasih kamu. Dan insyaallah saya akan sentiasa ada untuk walimah kamu;)

Thursday, November 19, 2009

kataKaN Ya Jika Hati Kita berdetak seirAma~

Wednesday, November 11, 2009

rindu kamu, kerana satu rasa itu<3

Friday, October 30, 2009

Bila hanya satu sudah cukup. Titik.


Tentang cinta,

Tentang lelaki dan wanita,

Semuanya palsu belaka,

Melainkan satu kata,

Bersaksikan tuhan berjanji setia,

Barulah menjadi realiti.

Di sini kita,

Di sana mereka,

Berilah seribu satu alasan untuk sengketa,

Tapi akan aku katakan satu sebab untuk bersama,

Ikhlas.

Melihat kamu,

Hanya ada satu rasa,

Cukuplah begitu sampai bila-bila,

Tenang.

29.10.2009, khamis, posting paeds tahun 5.

Sepanjang hari memikirkan kamu.

Semoga Tuhan memaafkan akuJ

Sunday, October 11, 2009

melankolik puisi~

Lelah berlari,

Penat mencari,

Berhenti bermimpi,

Tiada lagi imiginasi,

Habis sudah berinspirasi,

Kerana tiada lagi yang menanti,

Di sana sudah tidak sudi.