Monday, December 7, 2009

Kalau tak serupa dan tak semestinya sama.

haHaHa..

Biarlah sendiri sahaja yang melayan rasa<3...
Sedikit gembira lagi kurang kecewa..
Sudah berpuas hati dengan suka yang sehasta cuma..
Tak sanggup kecewa kali yang ke sejuta..

LoL;)

sahabat

sahabat karib. saya suka topik ni. saya ada seorang sahabat.Hari seakan tak lengkap kalau dia tak da. kegembiraan seakan tak sempurna kalau tak bagitau dia. haha. dah 7 tahun berkawan. Pernah tak puas hati, pernah bermasam muka tapi pada waktu2 macam tu, selalunya saya banyak berdiam atau mengelak dari berjumpa. supaya dia tak nampak saya yang tgh marah or PMS. Tapi selalunya dia faham. Dan selalu memaafkan. Terima kasih. Sebabnya. Saya tak nak terkeluar perkataan yang bukan-bukan ketika marah. Saya tak nak secara tak sengaja buat dia yang sentiasa menerima & memahami berasa sedih.
Tapi, saya masih selalu membuat kamu terasa kan. ..sorry~ Haha. Terima kasih kamu. Dan insyaallah saya akan sentiasa ada untuk walimah kamu;)

Wednesday, November 11, 2009

Friday, October 30, 2009

Bila hanya satu sudah cukup. Titik.


Tentang cinta,

Tentang lelaki dan wanita,

Semuanya palsu belaka,

Melainkan satu kata,

Bersaksikan tuhan berjanji setia,

Barulah menjadi realiti.

Di sini kita,

Di sana mereka,

Berilah seribu satu alasan untuk sengketa,

Tapi akan aku katakan satu sebab untuk bersama,

Ikhlas.

Melihat kamu,

Hanya ada satu rasa,

Cukuplah begitu sampai bila-bila,

Tenang.

29.10.2009, khamis, posting paeds tahun 5.

Sepanjang hari memikirkan kamu.

Semoga Tuhan memaafkan akuJ

Sunday, October 11, 2009

melankolik puisi~

Lelah berlari,

Penat mencari,

Berhenti bermimpi,

Tiada lagi imiginasi,

Habis sudah berinspirasi,

Kerana tiada lagi yang menanti,

Di sana sudah tidak sudi.

Wednesday, October 7, 2009

Hati ini bukan original~

Hati yang ku persembahkan,

Bukanlah yang asli,

Lagi sudah compang camping,

Tiada lagi rupa asal hati ini,

Ku tampal sana sini agar tidak bocor dalamnya,

Untukku persembahkan isinya kepadaMu,

Seakan susah & jauhnya jalan kepada Mu,

Tersungkurku di hadapanMu,

Penuh pengharapan,

Menuntut pengertian,

Mendambakan keampunan,

Merayu dilepaskan azabMu,

Memohon dikurniakn cintaMu,

Buat mengisi ruang hatiku.

Sunday, October 4, 2009

Sunday, August 16, 2009

Meratap sayu menanti di jendela,
Hiba merusuh hati yang walang,
Sabarlah bonda menanti anakanda,
Entah esok, entah lusa bilakan pulang.

Melihat si nyonya di luar jendela,
Teringatkan bonda yang semakin senja,
Ampunkan anakanda tiada dapat selalu bersama,
Kehadapan Ya Muhaimin, doa ku jela.

ya Allah, ya Tuhanku,
ya Rahman, yang Maha Pengasih,
kasihanilah ibuku,
Sejahterakanlah dari rasa sedih.

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Ya Muhaimin yang Maha Memelihara,
Kasihanilah ibuku,
Peliharalah dia dari segala bencana.

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Ya Mujib, Yang Memakbulkan,
Kasihanilah diriku, Kasihanilah ibuku,
Makbulkanlah doa anak di kejauhan ini.

Ameen.


Tuesday, August 11, 2009

dari meja untuk berdua~`<@


dari meja untuk berdua, (p/s: table for two;))
dan pasangan mata yang bersua,
bersama sepasang bibir yang bergetar.. mengikrarkan kata-kata cinta,
lalu turun ke sepasang hati yang berdetik seirama,
seperti uda dan dara,
seperti putera dan cinderella,
berjanji untuk setia,
bersama hingga ke akhirnya

....Akhirnya?
Alhamdulillah. Bagus lah tu.
Tapi jangan lupa pula pada pasangan istimewa,
Yang paling setia,
Wakil Yang Maha Pencinta,
Yang ni betul2 setia hingga ke AKHIRNYA:

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)"

(Qaf: 18)

Debar rasa kerana cinta sesaat :part 1

suka saya menukilkan kembali kata-kata seorang pujangga, Kahlil Gibran,

"Salahlah bagi orang yang mengira bahawa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama dan rayuan terus menerus. Cinta adalah tunas pesona jiwa dan jika tunas itu tak tercipta dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-tahun bahkan berabad lamanya."

Hm, tunas cinta yang tercipta sesaat bisa membuatkan hati menggebu dengan rasa kasih,
Panahan cinta yang tercipta sedetik mampu menyesakkan dada dengan rasa rindu,
Rasa cinta yang memberi tenaga,
Cinta yang berkuasa...

Subhanallah..hebatnya cinta manusia,
Membuat harimu bertenaga, ceria dan seolah terbang di angkasa..

Astaghfirullah..hinanya juga cinta manusia,
Tinggallah sudah nasihat ibu ayah,
Pendirianmu juga bisa goyah,
Belakangkan pula larangan Allah,
Itulah kuasa cinta yang tercipta sesaat cuma.

Lalu, pastikah kau itu cinta yang mewakili ar-Rahman maha Pengasih,
yang terdapat ya Syakur iaitu maha menghargai,
Yang mewakili Ya Nafi, Maha pemberi manafaat,
Atau setidaknya Ya Barr, Maha baik.

lantas, panjangkanlah doamu dengan.."Ya Allah, berikanlah aku cinta orang-orang yang mencintaiMu agar bisa aku memiliki cintaMu"..

Monday, June 8, 2009

kasih..tak terlarutkan dengan usia

Dendam.. biarlah larut ditelan usia,
Marah... biarlah hilang bersama masa,
Sukar.. bertahanlah selagi mampu berusaha,
Sakit.. bertahan sudah apabila biasa.

Cinta.. mekarlah seiring usia,
Suka.. bersamalah setiap masa,
Mudah..  walaupun susah akan ku usaha,
Bahagia.. takkan berputus asa selagi hayat ada;) 


Tuesday, April 28, 2009

~ mUsiM PanaS yang SinGkaT ~


                                                        ( "aini" hasil musim panas ini)

Masakan saya masih lagi aini seperti semalam. Seperti peribahasa, "sekali air bah, sekali pantai berubah". Tanpa saya perasan, saya juga berubah!! Bukan saja menjadi lebih gelap sebab panas musim ni..(hehe)..Tapi, diri & fikiran saya juga sudah sedikit bermutasi bersama musim panas ni..


                                                      ("aini" in her ownself 3 months ago)