Tuesday, August 11, 2009

Debar rasa kerana cinta sesaat :part 1

suka saya menukilkan kembali kata-kata seorang pujangga, Kahlil Gibran,

"Salahlah bagi orang yang mengira bahawa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama dan rayuan terus menerus. Cinta adalah tunas pesona jiwa dan jika tunas itu tak tercipta dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-tahun bahkan berabad lamanya."

Hm, tunas cinta yang tercipta sesaat bisa membuatkan hati menggebu dengan rasa kasih,
Panahan cinta yang tercipta sedetik mampu menyesakkan dada dengan rasa rindu,
Rasa cinta yang memberi tenaga,
Cinta yang berkuasa...

Subhanallah..hebatnya cinta manusia,
Membuat harimu bertenaga, ceria dan seolah terbang di angkasa..

Astaghfirullah..hinanya juga cinta manusia,
Tinggallah sudah nasihat ibu ayah,
Pendirianmu juga bisa goyah,
Belakangkan pula larangan Allah,
Itulah kuasa cinta yang tercipta sesaat cuma.

Lalu, pastikah kau itu cinta yang mewakili ar-Rahman maha Pengasih,
yang terdapat ya Syakur iaitu maha menghargai,
Yang mewakili Ya Nafi, Maha pemberi manafaat,
Atau setidaknya Ya Barr, Maha baik.

lantas, panjangkanlah doamu dengan.."Ya Allah, berikanlah aku cinta orang-orang yang mencintaiMu agar bisa aku memiliki cintaMu"..

2 comments:

~~DucKneSs~~ said...

cik ene..
sudah ok kah anda di sana?maseh sibuk ke?sibuk berchenta yek?hehhehe

amira said...

sibuk la jugak cik fizah oi..
dah final year juga ni..

hehe..bercinta dgn hospital + buku ada lah~