Friday, October 30, 2009

Bila hanya satu sudah cukup. Titik.


Tentang cinta,

Tentang lelaki dan wanita,

Semuanya palsu belaka,

Melainkan satu kata,

Bersaksikan tuhan berjanji setia,

Barulah menjadi realiti.

Di sini kita,

Di sana mereka,

Berilah seribu satu alasan untuk sengketa,

Tapi akan aku katakan satu sebab untuk bersama,

Ikhlas.

Melihat kamu,

Hanya ada satu rasa,

Cukuplah begitu sampai bila-bila,

Tenang.

29.10.2009, khamis, posting paeds tahun 5.

Sepanjang hari memikirkan kamu.

Semoga Tuhan memaafkan akuJ

Sunday, October 11, 2009

melankolik puisi~

Lelah berlari,

Penat mencari,

Berhenti bermimpi,

Tiada lagi imiginasi,

Habis sudah berinspirasi,

Kerana tiada lagi yang menanti,

Di sana sudah tidak sudi.

Wednesday, October 7, 2009

Hati ini bukan original~

Hati yang ku persembahkan,

Bukanlah yang asli,

Lagi sudah compang camping,

Tiada lagi rupa asal hati ini,

Ku tampal sana sini agar tidak bocor dalamnya,

Untukku persembahkan isinya kepadaMu,

Seakan susah & jauhnya jalan kepada Mu,

Tersungkurku di hadapanMu,

Penuh pengharapan,

Menuntut pengertian,

Mendambakan keampunan,

Merayu dilepaskan azabMu,

Memohon dikurniakn cintaMu,

Buat mengisi ruang hatiku.

Sunday, October 4, 2009