Monday, December 7, 2009
Kalau tak serupa dan tak semestinya sama.
sahabat
Thursday, November 19, 2009
Wednesday, November 11, 2009
Friday, October 30, 2009
Bila hanya satu sudah cukup. Titik.
Tentang cinta,
Tentang lelaki dan wanita,
Semuanya palsu belaka,
Melainkan satu kata,
Bersaksikan tuhan berjanji setia,
Barulah menjadi realiti.
Di sini kita,
Di sana mereka,
Berilah seribu satu alasan untuk sengketa,
Tapi akan aku katakan satu sebab untuk bersama,
Ikhlas.
Melihat kamu,
Hanya ada satu rasa,
Cukuplah begitu sampai bila-bila,
Tenang.
29.10.2009, khamis, posting paeds tahun 5.
Sepanjang hari memikirkan kamu.
Semoga Tuhan memaafkan akuJ
Sunday, October 11, 2009
melankolik puisi~
Lelah berlari,
Penat mencari,
Berhenti bermimpi,
Tiada lagi imiginasi,
Habis sudah berinspirasi,
Kerana tiada lagi yang menanti,
Di sana sudah tidak sudi.
Wednesday, October 7, 2009
Hati ini bukan original~
Hati yang ku persembahkan,
Bukanlah yang asli,
Lagi sudah compang camping,
Tiada lagi rupa asal hati ini,
Ku tampal sana sini agar tidak bocor dalamnya,
Untukku persembahkan isinya kepadaMu,
Seakan susah & jauhnya jalan kepada Mu,
Tersungkurku di hadapanMu,
Penuh pengharapan,
Menuntut pengertian,
Mendambakan keampunan,
Merayu dilepaskan azabMu,
Memohon dikurniakn cintaMu,
Buat mengisi ruang hatiku.
Sunday, October 4, 2009
Sunday, August 16, 2009
Tuesday, August 11, 2009
dari meja untuk berdua~`<@

dari meja untuk berdua, (p/s: table for two;))
dan pasangan mata yang bersua,
bersama sepasang bibir yang bergetar.. mengikrarkan kata-kata cinta,
lalu turun ke sepasang hati yang berdetik seirama,
seperti uda dan dara,
seperti putera dan cinderella,
berjanji untuk setia,
bersama hingga ke akhirnya
Alhamdulillah. Bagus lah tu.
Tapi jangan lupa pula pada pasangan istimewa,
Yang paling setia,
Wakil Yang Maha Pencinta,
Yang ni betul2 setia hingga ke AKHIRNYA:
"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)"
(Qaf: 18)
Debar rasa kerana cinta sesaat :part 1
"Salahlah bagi orang yang mengira bahawa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama dan rayuan terus menerus. Cinta adalah tunas pesona jiwa dan jika tunas itu tak tercipta dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-tahun bahkan berabad lamanya."
Hm, tunas cinta yang tercipta sesaat bisa membuatkan hati menggebu dengan rasa kasih,
Panahan cinta yang tercipta sedetik mampu menyesakkan dada dengan rasa rindu,
Rasa cinta yang memberi tenaga,
Cinta yang berkuasa...
Subhanallah..hebatnya cinta manusia,
Membuat harimu bertenaga, ceria dan seolah terbang di angkasa..
Astaghfirullah..hinanya juga cinta manusia,
Tinggallah sudah nasihat ibu ayah,
Pendirianmu juga bisa goyah,
Belakangkan pula larangan Allah,
Itulah kuasa cinta yang tercipta sesaat cuma.
Lalu, pastikah kau itu cinta yang mewakili ar-Rahman maha Pengasih,
yang terdapat ya Syakur iaitu maha menghargai,
Yang mewakili Ya Nafi, Maha pemberi manafaat,
Atau setidaknya Ya Barr, Maha baik.
lantas, panjangkanlah doamu dengan.."Ya Allah, berikanlah aku cinta orang-orang yang mencintaiMu agar bisa aku memiliki cintaMu"..