Saturday, December 24, 2011

Wednesday, November 16, 2011

hatiku milikku

hatiku milikku
tapi aku takda daya mengawal apa jua rasaku
kerana hatiku bukan milikku

Tuesday, November 15, 2011

hero di hati :)

:).. I'm just speechless

Wednesday, November 9, 2011

hati yang terusik

memang lumrah
pemergian bermaksud kehilangan
dan kehilangan disusuli kehilangan
maksudnya kena pasrah
tak boleh lemah
harus tabah
jika itu lumrah
hati tak boleh lembik
jangan mudah terusik

Monday, November 7, 2011

kehilangan..

sibuk menjadi doktor
Hari-hari melayan pesakit dan misi saja
Alhamdulillah Allah memberikan kesihatan yang sangat baik untuk ibu dan abah
Tanpa perlu saya risau akan kesayangan yg saya tinggalkan di kampung

Hari-hari di wad
Saya hampir mengenali semua pesakit
dan pesakit istimewa saya, di katil 15 tingkat 7..
Kalaupun pun saya tak sempat melawat.. mesti akan saya update status dia thru e-his
Sangat risau kalau tiba2 check nama dia dah takde

Mengenali pak cik R sangat bermakna buat saya
Pak cik R dah masuk ward hampir 4 bulan
Raya puasa & raya haji di sana
Mula2 masuk dgn episodes of chest pain then CT scan showed idiopathic pulmonary fibrosis
Lepas tu he got DVT & PE..recurrent.. Ada CTD signs juga..reynauld & sclerodactyly
Dependant on Oxygen, maka family pun beli oxygen concentrator
Da dapat oxygen concentrator, oxygen requirement naik ke high flow mask pulak sebab rt pleural effusion..
1st I talked to PDN consulted to get them to do thrombophlia profile- they refused.
maka akhirnya hantar ke private je.
We got the diagnosis: Primary antiphospholipid syndrome
Then we get to do rt chest pigtail for symptomatic relieved of the pleural effusion.. but it recur

Semasa 2 minggu pertama menjaga pak cik R... we shared few jokes & secrets.. yang membuatkan saya tersenyum sendiri dalam kereta..

bila dah tukar wad..get to visit him once a week.. then tukar wd balik..jaga pak cik balik

tapi kali ni pak cik R dah tak macam dulu.. dia da makin kurus.. senyum pun dah tak manis macam dulu..
Susah sangat nak buat pak cik cakap lagi...
Then we get to do rt chest pigtail for him for the second time.. but this time he was different.. lain sangat..
I knew he is dying..
How to tell the family?

dan hari ni.. Allah yang Maha Mengetahui
Pak cik r telah dijemput untuk menemuiNya pada waktu yang telahpun tersurat..

Pak Cik...
Semoga damai di alam sana beserta doa anak2mu yang soleh & solehah
Tahniah..pak cik telah mendidik anak2 pak cik dengan sangat baik sekali
Igt tak pak cik pernak cakap ngan saya how proud u are with your children..;)

Dan saya pasti akan merindui pak cik<3

Friday, September 23, 2011

Cinta hati

Cinta hati
Tanpa nama
Tiada rupa
Menabur benih kasih
Menyemai akar rindu

Cinta hati entah siapa
Pergi ke mana, tiada suara
Yang datang tanpa salam
Yang pergi tanpa pesan

Aduhai cinta hati
Usahlah sentuh hati ini jika hanya untuk dicalarkan
Janganlah singgah jika tak sudi
Tak perlu bertamu jika tak ingin bertemu
Usahlah berjanji jika hanya utk menyakiti

Pergilah cinta hati jika tak sudi
Tinggal aku di sini sembuh sendiri

Monday, June 20, 2011

Genap setahun

Hampir genap setahun menjadi houseman..
Sudah 26 tahun menjadi hamba Allah...

Hurm..
Macam2 dalam fikiran..Asyik berubah-ubah..tapi akhirnya diri juga masih sama..
Lebih banyak bermonolog dan merenung ke belakang..
Erm..patutnya pandang jauh ke depan kan

haha..teringat akan Nisa punya wishes utk saya semasa Raya gathering final year dulu..
ttg saya lima tahun akan datang...
"living happily with a husband and at least 2 kids.." haha
cute! Erm, I have 3 more years to catch. Macam mana ni? At least 2 kids? kne dapat twin lah...haha
And all the best to you Nisa dearie<3

Saturday, July 31, 2010

seorang pegawai perubatan siswazah UD41...

saya kini dengan rasminya bergelar pegawai perubatan siswazah atau lebih dikenali sebagai "houseman" atau "dr. pelatih"..( semoga tak jadik dr. peLETIH sudahlah)

Saya sekarang bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor star. Ia adalah pilihan pertama saya setelah membuat banyak pertimbangan, dan Insyaallah ia juga tempat yang terbaik untuk saya.

erm...nnt saya sambung lagi..
skg pukul empat pagi..
di bilik saya di rumah sendiri.

Oh..home sweet home..

Wednesday, April 28, 2010

Sepatu kaca cinderella..


Apa akan jadi kalau putera raja tak jumpa sepatu kaca cinderella?

Haha..merepek akibat MSE yang impaired...

Sunday, April 25, 2010

Revised Puteralella ku...

Lalala...
Puteralella~
Lalala..
Kamu saja..

Yang terkacak,
Adalah kamu putera di hatiku,
Membuat aku ingin bersajak,
Mengkhabarkan semua akan puteraku,
Ialah kamu,
Yang membuat si jelita terpaku,
Maka aku hanya mampu terkedu,
Dan satu-satunya kamu,
Walau hari ini atau esok bersama kedut seribu,
Rasaku kan tak pernah berganjak,
Itulah kamu,
Mendiam kukuh di dalam hatiku<3.
Bertambah teguh bersama setiap hela nafasku.

Saturday, April 24, 2010

Bahasa cinta

Hati ku berkata sejutu,
Sehingga otakku tak mampu membantah,
Maka inikah bahasa cinta,
Bila hati dan fikiran tak seirama.

puisi hati retak seribu..

Sudahlah..

Kami hanyalah pedagang menumpang lalu,

Kamilah pedagang mengutip ilmu,

Bukanlah kami melukut tanpa malu,

Kami berlalu bersama hati retak seribu.

Pergilah..

Kamulah yang datang serupa angin,

Sesekali seperti semilir yang mendamai rasa,

Kekadang seolah Katrina mendesak ,

Bersama kamu membuat kami lelah,

Adanya kamu mebuat kami resah,

Perginya kamu, kami tak merasa gundah,

Pergilah kamu, jika tak ingin kami parah,

Tiada lagi di sini,

Sungguh-sungguh aku tak berharap jumpa lagi.

Daripada bahasa yang terindah, menyusun ayat yang termudah, menyatakan hati yang marah.

Kerana aku bukan lagi seperti dulu


...ainiaziz..

suatu ketika 2009

Monday, March 22, 2010

Putera di hatiku

Yang terkacak,
Adalah kamu putera di hatiku,
Membuat aku ingin bersajak,
Mengkhabarkan semua akan puteraku,
Bisa membuat si jelita terpaku,
Ialah kamu,
Dan satu-satunya kamu,
Walau hari ini atau esok bersama kedut seribu
Rasaku kan tak pernah berganjak,
Mendiam kukuh bersama helaan nafasku<3.

Monday, December 7, 2009

Kalau tak serupa dan tak semestinya sama.

haHaHa..

Biarlah sendiri sahaja yang melayan rasa<3...
Sedikit gembira lagi kurang kecewa..
Sudah berpuas hati dengan suka yang sehasta cuma..
Tak sanggup kecewa kali yang ke sejuta..

LoL;)

sahabat

sahabat karib. saya suka topik ni. saya ada seorang sahabat.Hari seakan tak lengkap kalau dia tak da. kegembiraan seakan tak sempurna kalau tak bagitau dia. haha. dah 7 tahun berkawan. Pernah tak puas hati, pernah bermasam muka tapi pada waktu2 macam tu, selalunya saya banyak berdiam atau mengelak dari berjumpa. supaya dia tak nampak saya yang tgh marah or PMS. Tapi selalunya dia faham. Dan selalu memaafkan. Terima kasih. Sebabnya. Saya tak nak terkeluar perkataan yang bukan-bukan ketika marah. Saya tak nak secara tak sengaja buat dia yang sentiasa menerima & memahami berasa sedih.
Tapi, saya masih selalu membuat kamu terasa kan. ..sorry~ Haha. Terima kasih kamu. Dan insyaallah saya akan sentiasa ada untuk walimah kamu;)